TINTAKU : Mencari Jalan Ke Syurga



Saat senja meniti garisan waktu petang itu,sebelum buana ini melabuhkan tirai ceria aku melihat susuk seorang tua memerhati dari jendela usang.Kelihatan orang tua itu mengelamun sambil pandangannya dilempar pada satu sudut alam yang tidak berpenghujung ,dia melihat langit yang rona jingganya telah menjadi makin pekat sebelum kelam seluruh isi langit itu.

Linangan air mata seribu kekesalan yang aku cuba hentikan dari tadi tidak termampu untuk diempangkan lagi.Kesalahan aku ,kezaliman aku,keangkuhan aku,yang selama ini hanya taksub kepada dunia jahiliah yang aku sendiri cipta dalam diri aku.Hinggalah ke saat ini aku baru tersedar aku telah hilang hampir separuh dari apa yang sepatutnya perlu aku  pelihara .Mencongak akan dosa , memang  telah banyak aku berhutang jika aku mahu menikmati syurga-Nya.Disaat ini aku hanya sendiri ,yang aku kejar selama ini telah pun aku perolehi ,namun ternyata ia sedikit pun tidak membawa erti untuk hidup bahagia lagi.

“Assalammualaikum,nak..kelihatannya macam sedang dilanda masalah berat?’.Suara perlahan itu,menyentak jiwaku yang sedang menghabiskan sisa air mata.”tidak ada apa-apa,pak cik..aku okey”.dengan suara selamba aku membalas pertanyaan orang tua itu,sedangkan gejolak jiwa dalam siratan sejarah hidupku cuba aku senbunyikan.”kalau begitu,mari kita berjemaah kat surau ”.Pak Hanafi dengan sopan mempelawa aku untuk mengikut langkahnya ke surau.

Tanpa bicara lagi aku bingkas bangun dari atas ketulan batu di tebing Sungai Batu Dujarat .Pelik, berada di situ hampir dua jam lebih namun aku tidak perasan ada sebuah binaan surau berdekatan tebing sungai itu.Pinggir kampung yang berakhir di hilir Sungai Dujarat ini  memang agak sunyi dari keriuhan umat manusia ,tapi bagiku dengan bersendirian dan bertemankan senandung suara alam, tanpa bicara manusia ,mampu mengendurkan sedikit amukkan  hati yang penuh kelaraan.

Pak Hanafi meneruskan aturan langkahnya ke surau yang hanya sekitar dua puluh langkah dari tampat aku duduk sebentar tadi. Aku menurut langkahnya tanpa lengah lagi.Sampai di depan muka surau ,sekali lagi aku tersentak,terpukau dengan perilaku aku sendiri,”apa yang aku dah buat nie,aku ke surau”,sedangkan mendengar laungan azan pun sudah cukup buat aku rimas dan meluat. Tambah-tambah  seruan azan waktu Subuh.Kederasan laungan muazzin bakal disambut  dengan caci- maki daripada aku yang asik mengulik mata yang mengantuk.

Sekiranya pagi itu aku tidur bertemankan Syazlin ,aku boleh menjadi separuh gila memaki si pelaung azan,kerna saat bergelumang dengan zina itu buat hatiku kaku.Syazlin ,teman wanita ku telah lali dengan tabiat itu. Jiran tetangga di kawasan kondomunium tempat aku tinggal  turut berperasaan seperti Syazlin.Telinga dan mata mereka telah lama ditulikan khas buat aku.Betapa bangganya aku bila orang sekelilingku tidak mampu berbuat apa,melainkan hanya menjauhkan diri dari aku.Berselisih semasa menaiki lif pun cuba mereka elakkan.Aku tahu aku telah lama jadi bahan umpatan mereka. Tapi alangkah malangnya aku hari ini,aku ibarat menyerah diri dalam keadaan aku sendiri tidak tahu bagaimana perkara itu terjadi.

Gemersik laungan azan maghrib yang dikumandangkan pak cik tua yang menegur aku tadi ,membuatkan aku merasa satu aliran ketenangan menerjah masuk dalam ke segenap urat nadiku.Setelah sekian lama darah yang mengalir itu diisi dengan lumpur maksiat dan kezaliman ke atas diriku sendiri,tapi pada ketika itu lumpur itu ibarat disucikan dengan kalimah kudus mengagugkan satu kuasa yang tidak mampu lagi disanggah kewujudan-Nya.’Untuk apa aku hidup selama ini?’ persoalan besar itu dimatikan dengan ketibaan beberapa orang jemaah sekitar Kampung Dalang.

Boleh dikatakan majoritinya telah tergolong dalam kalangan  warga emas .Sedikit pun tidak aku hairan fenomena itu,seperti kata teman karibku Denny “ Opey,kau tau tak ,yang kita tengok tadi jalan pergi surau tu ,semua golongan RTM’.Masih segar dalam ingatan aku peristiwa sebelum masuknya waktu solat fardhu Isyak.Mulanya aku bingung,tapi RTM yang dimaksudkan Denny,adalah golongan ‘Rehat Tunggu Mati’. Peristiwa itulah merupakan kenangan akhir aku bersama Denny sebelum aku kehilangan seorang teman karibku.Denny ditemui mati dibunuh secara kejam.Mayatnya ditemui di dalam sebuah loji pembentungan di Setapak ,Kuala Lumpur.Aku yakin ini semua angkara geng ‘Along’ yang telah lama mengugut Denny kerana tidak melunaskan hutang kepada mereka. Apakah nasib dia di dunia sana?,sedangkan ketika hidup segala bentuk kejahilan ,kami lakukan bersama, ibarat isi dengan kuku.Slogan jahiliah kami selama hidup sebagai teman ,’hidup hanya sekali,jadi kita mesti enjoy !!’.Ternyata sekarang dunia enjoy dia telah tamat lebih awal sebelum aku menyusul.

Sesedar dari lamunan aku mendengar seruan iqamat.aku yang dari tadi bersandar di penjuru surau mula merasa tidak tenteram kerana semua mata yang ada memandang sinis kepada aku.Pada hematku, di kotak fikiran meraka mesti memikirkan adakah  orang yang  berpenampilan seperti aku akan menyertai saf untuk mengerjakan solat.Masakan mereka tidak berfikir sebegitu,aku yang duduk seperti orang kalah judi ,dengan berbaju t-shirt hitam siap  berlambang rock metal terserlah di dada,berseluar jean lusuh.”Aah,mereka ingat aku jahil sangat.mereka tidak tahu yang aku  bekas ketua pelajar sekolah menengah agama.Satu ketika dulu aku  johan taddarus ,dalam Majlis Tadarus Quran (MTQ), peringkat negeri.Kalau setakat  berdiri di khalayak untuk memberi tazkirah spontan dengan sulaman potongan dalil-dalil yang ampuh,menjadi rutin mingguan aku di sekolah dulu.Sebut saja nama Abdullah Sofiey Mansor,satu sekolah hormat dan kagum dengan kebolehan aku ’bisik hati aku dengan penuh bangga. Pandangan mereka aku  balas dengan jelingan tajam,petanda bahawa aku bukan sebarangan orang yang boleh diperlekehkan dengan pandangan murahan mereka itu.

Aku berdiri dalam barisan saf di bahagian paling hujung,bermula dari takbir hingga memberi salam di akhir  solat,aku hanya mengikut  tindakan  makmum di sebelahku.Saat solat aku merasa begitu kosong,fikiranku hanya tertumpu untuk meniru gerakan seorang tua berbadan gempal di tepiku itu.Sesudah memberi salam aku terus bangun dan pergi ke sudut tempat aku termelenggu sebentar tadi.Sedikit pun aku tidak menghiraukan mata makmum lain yang memandangku.Ketika duduk aku terkedu melihat satu raut wajah yang masih berada di dalam saf .Wajah itu tidak sepatutnya wujud lagi kerana jasatnya baru pagi tadi disemadikan .Aku pejamkan mata sambil menekan-nekan ubun-ubun kepalaku.Itu wajah abah,aku amat pasti raut wajah itu,memang benar itu wajah insan yang selama aku hidup bersamanya tidak pernah sekali pun dia bertindak kasar atau memarahi ku,semuanya dinasihatkan dengan tutur katanya yang seringkali buat aku terperangkap dengan rasa bersalah atas tindakan buruk yang aku lakukan.Insan itu satu ketika dulu pernah berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk membelikan aku sebatang pensel kayu berharga tiga puluh sen,insan itu jugak yang satu ketika dulu hampir lumpuh kerana menyelamatkan aku dari terkena racun ular tedung . ”Tidak mungkin,tak mungkin..!”suara jeritan batin ini diiringi dengan titisan air mata derita.’DERITA,derita ini yang terlebih dahulu aku banyar untuk semua pengorbanan dia dan ibu, telah mereka tempuh selama 15 tahun.

.Mereka makan berulam DERITA rindu,mereka tidur berbantalkan DERITA  kenangan keranaku,mereka bersawah sambil membanting DERITA kecewa,mereka menyambut ketibaan syawal dengan DERITA  kesunyian,akhirnya ,mereka memejamkan mata dengan membawa DERITA cinta   kerana punyai anak derhaka seperti aku’.Aku tahu terlebih dahulu aku telah menganugerahkan mereka rentetan derita yang berpanjangan hingga ke akhir hembusan nasaf mereka di dunia ini.Dimana aku ketika itu?,aku sedang  kekenyangan berpesta ,aku sedang asyik mengulik tubuh wanita,aku  turuti semua  nafsu setan yang semestinya dusta.

            Wajah itu memandangku dengan senyuman penuh ikhlas .Aku tidak mampu membalas, aku tewas hanya kerana syuman itu membuatkan aku rasa seperti telah dihantar ke pintu neraka.Rindu pada abah dan ibu tidak lagi bawa erti saat aku menyesali kekilafan ku ini.Abah menghampiriku dan menghulurkan tangan yang aku sambut dengan linangan air mata ,aku berdiri sambil memejamkan mata yang sarat dengan limpahan air mata tanda aku amat merindui saat –saat seperti ini.Pelukan aku bertambah erat ,mulut ini dengan ringan mengungkapkan rasa bersalah,dan ucapan maaf yang selama 15 tahun yang lalu telah aku kunci kalimat itu jauh di ceruk sanubariku.’Abah,maafkan Sofiey..Maafkan segala dosa Sofiey pada abah dan ibu selama ini,sejak Sofiey berjaya masuk ke universiti sehinggalah Sofiey bergelar komposer yang popular ,Sofiey tidak pernah sekali pun menjenguk abah dan ibu. Abah,maafkan Sofiey , Sofiey tak sanggup teruskan hidup ini tampa abah dan ibu bersama Sofiey.Tolong jagan tinggalkan Sofiey ,”terkeluarlah mutiara kata itu daripada mulut seorang anak yang derhaka.Ungkapan yang tersadur keikhlasan hati khas buat abah.Pelukanku itu disambut dengan erat dan dapat ku rasakan ke hangatan air mata yang turut menitis jatuh di bahuku.Aku yakin abah dapat menerimaku kembali.

       Abah merenggangkan pelukan dan apabila mata kami bertemu,barulah aku sedar yang aku peluk itu bukan abahku.Dia seorang lelaki tua yang berkulit cerah,berhidung mancung seperti seorang anak peranakan,tetapi masih jelas di sudah berusia.Lelaki itu mengesat air matanya yang bersisa.Aku yang masih lagi terpaku dalam kekeliruan hanya mampu  menyambung sendu yang baru sebentar tadi telah terubat.Rupanya yang aku  peluk sebentar tadi adalah orang lain ,sedangkan  mataku berilusi bahawa itu adalah abah.Aku masih tidak mampu menerima hakikat yang abah dan ibu telah meninggalkanku buat selama-lamanya.Tangisan kali ini membawa aku kepada banyangan susuk tubuh yang lebih meleburkan keegoaan aku sebagai lelaki.Demi dia yang selama ini aku kongsi senyum,tawa,kegembiraan dan dihadapannya juga setiap tangisanku sentiasa terhenti  dalam dagapan kasih sayangnya.

            Pagi tadi,saat penggebumian jenazah pasangan suami isteri ,Haji Mansor dan Hajah Rahmah di Tanah Perkuburan Kampung Serindid.Pak Long Yunus datang kepada ku yang sedang kebingungan di luar pagar tanah perkuburan, sedang orang lain beransur keluar.Tidak jauh dari tepi pagar itu kelihatan tanah kuburan yang masih merah.Pak long menhulurkan kepadaku sepucuk sampul kertas.Sekuntum senyuman pun tidak diberikan kepadaku,Cuma satu baris ayat dihadiahkan kepadaku ‘Tahniah Sofiey kamu telah berjaya menjadi anak derhaka “suaranya jelas berbaur rasa hampa dan geram .Selama dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung,aku sama sekali tidak merasa bersalah atau sedih kerana aku yakin bahawa Pak long yang menghubungi aku semalam hanya berbohong tentang kematian ibu dan abah dalam kemalangan semasa mereka baru pulang dari masjid.

            Tanganku  menggeletar membuka sampul kertas itu seterusnya membawa keluar sepucuk surat.aku menarik nafas sedalam yang mungkin.”Untuk anak ibu,ketahuilah anakku sayang,betapi selama hampir 15 tahun ini ibu terlalu merindui kamu.Setiap kali ibu buka mata untuk bangun solat subuh ,perkara pertama yang terlintas pada hati dan fikran ibu adalah kamu sayang.Setiap kali ibu melihat Haikal,sepupu kamu pulang dari sekolah dan dari jauh ibu perhatikan dia terus menyalami dan mencium pipi mak Long kamu, ibu akan teringatkan kamu yang tidak pernah lupa menyalami dan mencium pipi ibu setiap kali kamu pulang sekolah.Sofiey,terus terang ibu katakan ,ibu amat merindui saat  itu.Setiap  hari juga ibu memasang keyakinan  bahawa kamu akan pulang .Tapi persoalan bila?,buat ibu terasa tidak tertanggung derita rindu kepadamu anakku.Begitu juga ,abah.

Bilik Sofiey telah ibu kemaskan,baju melayu biru kesukaan Sofiey,masih lagi tergantung di dalam almari,maaf ye anakku ,baju itu telah lusuh.Setiap minggu ibu akan basuh baju kesanyangmu itu.Itu sahaja yang mampu ibu buat untuk mu anak yang ibu rindui ini.Maaf,kerana tidak dapat menyambut kepulanganmu ,jagan Sofiey bimbang setiap kesalahan Sofiey telah kami ampunkan dalam setiap doa kami ketika solat.Keredoaan kami buat Sofiey selama ini tidak pernah luntur walau sejauh mana,atau setinggi mana kebencian Sofiey pada kami.Sofiey,ketahuilah kalau Ibu ini mampu menggatur ajal,sudah pasti akan ibu percepatkan ajal ibu, kerana ibu tidak mampu menanggung lagi kerinduan ibu pada anak ibu ini.barulah ibu tahu kadang kala dalam hidup ini orang yang paling kita sayanglah adalah orang yang paling payah untuk disayangi.Maaf,Maaf,Maaf,kalau ada kelakuan kami yang buat Sofiey berdendam dengan kami.Kami telah lama memaafkan Sofiey,sejak Sofiey keluar ke dunia ini,kerana cinta ibu dan abah buat Syofiey tampa sebarang syarat’.Salam sayang dan rindu.

       Surat rintihan rindu seorang ibu pada anaknya.’Cinta tanpa syarat ‘ tiga patah kalimah keramat itu telah mampu membuat hati anak derhaka seperti aku hancur.Doa seorang ibu yang menanggung barah kerinduan pada anaknya membawa aku pulang ke kampung ini. Sejarah aku menjadi seorang anak kepada ibu dan abah hanya tinggal  kenangan,yang mampu aku sambut hanya ucapan salam rindu dari seorang ibu yang padanya letak segala-galanya.Sepatah ucapannya akan menjadi modal untuk aku bayar nilai sebuah   kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ucapan redonya mampu menjadi perisai untuk aku   mengharungi liku hidup ini.

Orang tua yang aku peluk tadi masih berada bersamaku.menenagkan aku.Dialah orang tua yang aku lihat termenung di jendela petang tadi.Orang tua itu,cuba menenagkan aku,katanya 'Anak,air mata tidak akan dapat menghidupkan insan yang telah mati,air mata juga tidak dapat menyelesaikan apa yang terbuku di hati.Melainkan kamu mengubah diri menjadi insan baru .Keluarlah dari kepompong kejahilan kerana dunia ini akan terus perputar memberikan peluang kepada meraka yang mahukannya.'  kata-katanya sarat dengan makna..”ye,yang aku nampak sekarang ini adalah untuk mencari jalan ke syurga ”

No comments: