Gerbang Mahabbah Rasullulah : KENAPA PERLU MENCINTAI BAGINDA?


 
Coretan kisah KEBIASAAN  manusia yang mengakui ingin menjadi umat baginda yang cemerlang ,mewarisan dan menghidupkan sunah banginda bermula daripada celik mata hingga sampai ke akhir usia.Namun,dalam sedar kita tidak faham keperluaan kita sebagai umat mencintai baginda Rasullulah s.a.w.

Telusuri sebahagian sebab  keperluan kita Mencintai Rasullulah :-

1. Setiap daripada kita perlu mersakan adanya hubungan  dengan Nabi Muhammad s.a.w.Tiada siapa pun terkecuali daripada mempersaksikan bahawa baginda Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah kerana ia telah terangkul bersama kalimat syahadah.Siapa yang tidak merasakan wujudnya hubungan batin ini petanda imannya ada kecacatan.

2.jalan untuk memperoleh kecintaan kepada Allah,ianya bermula dengan kita menyadur hati kita dengan kecintaan yang teramat kepada baginda Rasullulah s.a.w dan megikut sunnahnya menjadi sebab diampunkan dosa dan ditetapkan iman " Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia (Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memperteguhkan kedududukan kamu" (Ali Imran:31)

3. Kita sebagai ummat yang sentiasa bergelumag dengan selaput dosa memerlukan syafaat baginda rasullulah di akhirat kelak. DI Padang Mahsyar seseorang itu mungkin mendapat syafaat atau pertolongan daripada seseorang untuk memohon kepada Allah agar meringankan seksaan rasa cemas, ketakutan dan kesulitan pada persidangan mahkamah Allah kelak. Orang yang dimaksudkan mempunyai kelebihan memberi syafaat atau pertolongan memohon daripada Allah itu adalah Rasulullah SAW.

4. Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Sidiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara- saudaraku (ikhwanku)," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi, "kamu adalah sahabat- sahabatku".

            Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan:
"Ikhwanku ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka."

(sumber rujukkan: Mencintai Nabi Merindui Madinah.ANIS /April 2006)
 

No comments: