CARTA 10-Ayat terlaris muka BUku


CARTA 10-Ayat terlaris muka BUku
10.
cinta remaja..
- 1 perasaan suka yang begitu mendalam terhadap seseorang
-kalau tak jumpa,rasa rindu
-sanggup berkorban apa saja
(Prof.Izi)

Cinta Golongan RTM,
- 1 perasaan duka mengenang dosa silam.
-kalau Tak ke masjid,rasa rindu ..
-Sanggup buat apa saja untuk perbanyakkan amal..
(Cikgu.)
/* RTM-Rehat Tunggu Meninggal(istilah diperolehi daripada kuliah-(agak kasar)..
 
 
9.
NAfsu..tidak boleh dikawal dengan NAFSU...
NAfsu hanya boleh dikawal dengan AGAMA....
 
8.
'Resam antah ."..sentiasa disisih..kerana darjatnya tidak sama seperti BEras..iktibar perilaku orng kaya dan miskin..walaupun yang kaya mengelilingi yang miskin..tetap saja,si fakir dibiarkan terus melarat..(p/s: peringatan buat saya,biar kita xpunya harta berjuta,tapi jiwa harus besar untuk terus berkongsi)

 7.
3 Cara untuk TIDAK MAHU BAHAGIA..
1.-Suka merungut, 2-Menyalahkan orang lain,-3.-Menyalahkan diri sendiri
6.
aku kaya!! jutaan orng boleh menyebut..
Namun, bila kita 'Beruang'..mudah benar kita melihat,orang susah,tukang kebun,cleaner,pengemis,fakir,mudah kita melihat mereka ini RENDAh..
-Tapi kita lupa orng2 berprofile "Rendah " ini yang melengkap ALAm,melengkapkan kitaran Doa..Mereka menggunakan HAK berdoa untuk membuatkan hidup kita "kaya'..hidup kita Damai..kerana meraka BERSAMA KITA....=)
 
 
5.
jangan kita terlampau mudah menghukum atas setiap pandangan kita kepada orang ...Namun,hitunglah seberapa banyak usaha kita untuk bantu orang sekeliling kita menjadi lebih soleh..

أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس

“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat”
4.
refleksi :-
 DULU ,orng kata sembang tak jatuh,gegar tak roboh,gertak tak retak,KINI fasa kedua lingkungan HIDUP BARU,Allah uji kamu dengan apa yang telah kamu katakan,apa yang telah kamu sampaikan..

SETAKAT MANA KETOKOHAN KAMU BERTAHAN<BIla lena dek hasutan SYAITAN!!
KEmbali pada pucuk pangkal kehidupan..--MATI dengan sebaik2 kematian...=)
3
punjgguk rindukan bulan...
Manusia rindukan Tuhan...
ramadahan kumpul bekalan...
tanam pasak ketakwaan...

salam ramdhan 3,fsa 1.Ayuh!!
2
goncanglah batu nisan...
galilah dengan jari-jemari tanah kubur...
Saat,jasad Ibu..tak lagi ditubuh..

Luput sudah tempoh..kau berkhidmat untuk IBUMu!
persoalan ?bila tiba saat itu,apa status kita..
Anak Soleh,Anak solehah,@tau Anak DERHAKA!-(refleksi Hidup)
(sekarang peluang memilih!
1
dialog best.._^^

A : weh kau tahu x girlfriend aku call 3x shari,love of my life(sambil bt muka)
B : oh really? kekasih aku call aku 5 kali sehari(muka bangga)
A : Bestnya,byk credit kekasih kau?
B : x lah ni connection wireless
A : (mka x puas hati)hmm.pukul berapa dia call?
B : SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada..^^,

KOLEKSI AMB(Ayat Muka BUKU)


Koleksi ayat hangat muka buku
1.
 Tuah Ayam nampak di kaki,Tuah manusia siapa yang tahu,
Tuah padi berisi,tuah DIRI bakal bertamu,
~"tuah",jika boleh dibeli harganya bukan ribu,bukan juta,..TAPI,harganya pada Pengorbanan..orng yang berkorban..akan mudah bertemu 'TUah'..
~iktibar sejarah sembelihan ,Nabi Ibrahim ke atas Nabi Ismail,pengorbanan untuk mencari reda Allah,dengan "menyembelih Fana Dunia'...telah menjadikan kedua-dua insan mulia ini Bertuah..~
inspirasi 11/11/11
2.
saat perhimpunan MEGA..Di padang paling Luas..Mahsyar..kelak..
dahaga bukan kepalang...saat kita berlari ke telaga Kausar,atas syafaat Rasullulah..langkah kita dihalang oleh malaikat.."KAu TAK Layak menikmati Kausar!"..
3.
·          4 Wanita Pemimpin dalam Syurga.

1.Saidatina Khadijah Binti Khuwalid
2.Fatimah Binti Muhammad S.A.W
3.Asiah ,Isteri Firaun
4.Marian,Ibunda Nabi Isa ..

Inilah 4 tokoh..wakil wanita TERBAIK
.
4.
 memBESARkan dosa ..
dengan memANJANGkan angan-angan tak berasas...

MengeCILKANkan Kekuasaan Allah..
Sedang setiap perilaku dipantau...


 
 
5.
"kau ingin mati sebagi Allahyarham ...atau
mati dengan panggilan "mendiang"....?."
-kata2 dipetik daripada Ayahanda saya.Mohamad Razali Zakaria
6.
Rencam dunia yang tak berarah..
Simpang siurnya menyesakkan ,...
Tiada isyarat kawalan...
natijahnya..'Kemalangan Minda'..
7
Berikan cinta juga sayang mu,
percayakan padaku 'kan menjagamu.
hingga akhir waktu menjemputku.
-Percaya padaku Ungu..

solusi-Kifarah Cinta tanpa sandaran....
Bila Hilang Rasa ,
tenggelam jiwa..sila kembali pada Dia..PErmulaan dan pengakhirnya...
8
ingat Mati dalm membantu kita "mereput" DOSA..dan menjdikan hati tawar untuk bermaksiat...
9
kehidupan untuk kematiaan sementara...
menanti,
Kematian untuk kehidupan Abadi-
"akhi,akal nie terlampau banyak perdaya kita untuk taat dunia,sampai kita lupa tujuaan akhir kita kemana?"
 credit 2 Akhi Tabliqh..


10
'pendosa-pendosa yang beragama’ ..
sipandang tinggi keranaan keilmuaan agamanya..tetapi ia terjebak dengan fana dunia..akhirnya dia dihukum sebagai...Pendosa2 yyang beragama...orang kebayyakkan akan mencerca mereka..tampa periksaan..Menghukum mengikut nafsu..

Gerbang Mahabbah Rasullulah : KENAPA PERLU MENCINTAI BAGINDA?


 
Coretan kisah KEBIASAAN  manusia yang mengakui ingin menjadi umat baginda yang cemerlang ,mewarisan dan menghidupkan sunah banginda bermula daripada celik mata hingga sampai ke akhir usia.Namun,dalam sedar kita tidak faham keperluaan kita sebagai umat mencintai baginda Rasullulah s.a.w.

Telusuri sebahagian sebab  keperluan kita Mencintai Rasullulah :-

1. Setiap daripada kita perlu mersakan adanya hubungan  dengan Nabi Muhammad s.a.w.Tiada siapa pun terkecuali daripada mempersaksikan bahawa baginda Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah kerana ia telah terangkul bersama kalimat syahadah.Siapa yang tidak merasakan wujudnya hubungan batin ini petanda imannya ada kecacatan.

2.jalan untuk memperoleh kecintaan kepada Allah,ianya bermula dengan kita menyadur hati kita dengan kecintaan yang teramat kepada baginda Rasullulah s.a.w dan megikut sunnahnya menjadi sebab diampunkan dosa dan ditetapkan iman " Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia (Allah) akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memperteguhkan kedududukan kamu" (Ali Imran:31)

3. Kita sebagai ummat yang sentiasa bergelumag dengan selaput dosa memerlukan syafaat baginda rasullulah di akhirat kelak. DI Padang Mahsyar seseorang itu mungkin mendapat syafaat atau pertolongan daripada seseorang untuk memohon kepada Allah agar meringankan seksaan rasa cemas, ketakutan dan kesulitan pada persidangan mahkamah Allah kelak. Orang yang dimaksudkan mempunyai kelebihan memberi syafaat atau pertolongan memohon daripada Allah itu adalah Rasulullah SAW.

4. Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Sidiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara- saudaraku (ikhwanku)," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi, "kamu adalah sahabat- sahabatku".

            Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan:
"Ikhwanku ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka."

(sumber rujukkan: Mencintai Nabi Merindui Madinah.ANIS /April 2006)