Koleksi Ayat Terlaris Daripada Facebook :)


Status 1 :

Aku kaya !! jutaan orng boleh menyebut. Namun, bila kita 'Beruang'. Mudah benar kita melihat, orang susah, tukang kebun, cleaner, pengemis, fakir, m​udah kita melihat mereka ini RENDAH. Tapi kita lupa orng2 berprofile "Rendah " ini yang melengkap ALAM, melengkapkan kitaran doa. Mereka menggunakan HAK berdoa untuk membuatkan hidup kita "kaya', hidup kita damai, kerana meraka BERSAMA KITA. =)



Status 2 :
masuk ke kelas murid tahun 2;

cikgu : kan cikgu soh kamu lukis gambar yan g macm dekat papan putih 2..? tak lukis?
murid : dah lukis cikgu..
cikgu : abis 2 cikgu x nampak ape2 pon dekat ketas lukisan kamu nie? hurm, kamu lukis apa?
murid : KUDA cikgu?
cikgu : mana KUDAnya?
murid : dah LARI, cikgu datang lambat sangat dekat saya.....

peringatan buat bakal guru : bawak banyak-banyak berSABAR 
pengalaman Berasaskan sekolah.(PBS)SKPZ

Sek.Keb.Pendita Za'ba.Tapah Road.Perak.



 
Status 3 :
cakap siang pandang-padang, cakap malam dengar-dengar.
pesan Iman Ghazali , pada muridnya,benda peling tajam adalah lIDAH...
hati boleh runtun,
yang hampir disatukan ,boleh trpisah,
rumah tangga kukuh,boleh roboh..
akibat bahana MULUT...
 

Inspirasi Air Mata : Halus,Tajam & Amat Berbisa.




Tetamu : Profesor Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Cikgu Zakiayah : Juvana

"penjara hanya untuk jasad....kebebasan hadir dari pemikiran yang luas"
ingat, akal adalah anugerah yang mampu jadi perisai dan senjata buat diri.

 fikirkanlah :)

Refleksi Kehidupan



DULU , orang kata sembang tak jatuh, gegar tak roboh, gertak tak retak.


KINI fasa kedua lingkungan HIDUP BARU, Allah uji kamu dengan apa yang telah kamu katakan, apa yang telah kamu sampaikan.

SETAKAT MANA KETOKOHAN KAMU BERTAHAN 



Bila lena dek hasutan SYAITAN !
Kembali pada pucuk pangkal kehidupan.

MATI dengan sebaik2 kematian. =)

TINTAKU : Jiwa Puteri (Bahagian 1)

Jiwa Puteri 

               
   “Busuk betul la!Ayu kau tak perasan ke bau apa kuat sangat nie?” dengan biadab Khairi menjerit pada kakak sulungnya Alia Atirah.Pada ketika itu Alia sedang berusaha menggagahkan diri yang sedang demam untuk membasuh kain di bilik air.Khairi terus ke pintu bilik air “Woi,telinga kau tersumbat ke?aku tanya kau,kau boleh buat bangang ja?”tangan kirinya pantas  mengetuk pintu bilik air yang diperbuat dari zink itu.Semua yang berlaku pada diri Alia,Khairi dan Ayuni bermula dengan satu titik perpisahan antara kedua orang tua mereka.Lelaki yang sepatunya bertindak sebagai nakhoda bahtera keluarga terlebih dahulu lemas dengan gelombang asmara bersama seorang janda kaya.Ibu yang sempurna sifatnya menjadi cacat,bukan kerana kurang upaya tetapi hatinya yang hancur menyebabkan dia tenggelam punca untuk hidup.Dia membiarkan akar kenangan indah bersama bekas suaminya meracuni diri.

                Hasanah Hussein disahkan kurang siuman oleh pihak Hospital Pantai  setelah dia dibawa ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan.Dia ditangkap oleh penduduk Kampung Asun kerana menyerang seorang wanita seusianya dengan menggunakan tali pinggang.Tenggkuk Limah dijerut dari belangkang tanpa disedari “Sebab kau.,laki aku tinggalkan aku,dia bohong aku.! semua sebab kau perempuan sial.!Sekarang aku nak kau mampus!”,Limah meronta untuk melepasakan diri namun ternyata orang kurang siuman yang sedang dihadapinya lebih berkeupayaan .Nasib menyebelahi Limah apabila seorang pemuda datang menyelamatnya.Buruan Mak Nah yang tidak semena-mena menjadikan Limah mangsa gejolak perasaan, akhirnya menjerat dia untuk ditangkap dan selanjutnya disahkan sebagai orang gila.Orang gila terus ke rumah paling ‘Bahagia’, yang kawin muda terus asyik menikmati cinta tempelan baru,yang TERTINGGAL menaggung semua sisa bahana akibat ditinggalkan.

                Malang bukan kepalang buat Alia dan adik-adiknya ,kini mereka secara tidak rasmi bergelar yatim piatu biarpun masih punya kedua ibu dan bapa.Kata orang masa itu emas,untuk itu ingin benar Alia menyalahkan ‘waktu’ kerana permulaan semua ini apabila ayah mereka gelap mata dengan habuan kekayaan bersama kekasih barunya.Tetapi pada siapa ingin dilaporkan jika penjenayahnya adalah ‘waktu’.Pihak berkuasa mana yang akan memberkas penjenyah yang telah menyebabkan sebuah keluarga yang dulu penuh sinar ceria akhirnya terkubur tidak bernesan ,tiada berkafan.Tanda keruntuhan keluarga yang  sama sekali tidak  diinginkan oleh  Alia Atirah ,Khairi Anam dan Ayuni Natrah binti Ikhsan.  

“Alia ! kau dengar tak aku tanya kau nie?”Khairi terus membentak.Daun pintu bilik air dikuak dari dalam. Mata Alia yang layu bertentang dengan mata Khairi yang dari awal telah mencegelkan kelopak mata.Jika matanya tidak bekelopak sudah tentu tersembul keluar kedua-duanya.Sudah tentu yang diinginkan oleh Khairi adalah penjelasan kepada anasir yang mengganggu keselesaannya ingin menonton vedio lucah di ruang tamu.Berbuih mulut si sulung mencegah adiknya dari menonton pornografi ,tetapi setiap nasihatnya akan dibalas dengan bonus berbentuk sepak dan terajang si bungsu.’Sekarang ni,apa yang kau tak puas hati?kalau aku  nak tengok benda haram nie  sampai muntah hijau  pun,ikut suka hati mak bapak aku la!!”kepala Alia disentap dengan keras oleh Khairi.Baru semalam trajedi itu berlaku,sedangkan Alia masih demam.Seminggu dia melakukan kerja lebih masa tampa rehat yang cukup kerana ingin melunaskan hutang sewa rumah hinggakan tubunnya tidak lagi berdaya mengikut rentak semangat atas keperluan  hidup yang mendesak.

Darjat seorang kakak telah dilacurkan tanpa pertimbangan akal yang waras.Rasa hormat kepada mereka yang lebih tua yang dulunya terletak di pundak kepala kini telah dilempar ke hujung kaki untuk diinjak-injak.Jika kakak kandung sanggup dideranya inikan pula tetangga yang lebih tua.Pandangan sinis mereka akan dibayar dengan kata-kata kotor.Itulah Khairi,anak muda yang baru menamatkan persekolahan.Tiada sekelumit angan –angan yang mahu diberikan kepada dia terhadap keputusan Sijil Pelajaran Malayasia (SPM) yang bakal diperolehinya.Sudah tentu hasilnya amat mengecewakan .Masuk ke dewan perperiksaan untuk mengisi nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi yang dikehendaki ,setelah 10 minit berhadapan dengan kertas soalan dengan segera dia akan meninggalkan meja perperiksaan.Persediaannya cukup luar biasa,jika kebanyak pelajar bertungkus lumus menyelak buku rujukan.Tetapi Khairi mentelaah puluhan cakera padat lucah setiap hari.Jika tidak dia akan lesap bersama teman –teman kutu rayau yang lain untuk berpeleseran sambil ‘memantau kawasan jajahan’.Akal remaja yang tidak terbendung seperti dia melahirkan terlampau ramai kelompok pimpinan remaja yang hidup berbangga dengan kempen kuasa yang bermodalkan ketinggian ego sedangkan mereka lupa yang mereka sedang memperbodohkan diri mereka sendiri.

Bau yang menyenget itu datang dari kamar Ayu.”pelik ?Ayu dah seminggu ke rumah mak Su misah,katanya nak tolong di Butik Pengantin Misa milik mak su?” ingatan Alia mengenagkan kembali permohonan adiknya itu seminggu yang lalu.Khairi  kembali duduk di hadapan tv untuk meneruskan hajatnya .Sengaja dia membiarkan Alia mencari punca bau busuk itu seorang diri.Apabila pintu bilai mula dibuka,bau yang dihidu makin kuat hingga menyebabkan Alia menutup hidungnya dengan kain pelekat ayahnya yang telah lama tergantung di balik pintu bilik itu.

Dia membongkokkan badan untuk melihat jikalau ada bangkai tikut atau katak yang terbiar di bawah katil.’Acu,mari tolong Along sekejap.cari dari mana bau nie datang?’suaranya dengan penuh lembut memaggil adik bungsunya Khairi.Sedikit pun tidak diendahkan oleh adiknya yang sedang asik menonton sekmen maksiat kesukaannya itu.’aku suruh dia cari,dia mintak tolong aku cari pulak,baik dari tadi aku saja yang buat.memang dasar bangang bertimpa-timpa perempuan ni’ dalam diam khairi sedang memprotes tindakan Alia.

Pencarian diteruskan sehinggalah Alia mendekati almari pakaian milik Ayu.Bilik yang bersaiz kecil yang hanya dilengkapi dengan sebuah katil bujang ,alamari pakaian yang diperbuat dari plastik dan kipas angin usang.Semuanya harta pusaka tinggalan ayahanda yang tercinta.Muka almari dibuka dengan perlahan tetapi bau yang menyerang makin menyesakkan hidung.Kain pelekat yang digunanakan ntuk menutup hidung makin kuat ditekanpada muka mulus Alia.Terjuantai keluar dari laci kain tuala putih yang telah berlumuran darah.

Saat laci ditarik untuk milihat isi di dalamnya.Serentak dengan itu juga mata Alia terus gelap dan tidak sedarkan diri.Sekujur tubuh bayi perempuan dengan tali pusat yang belum tertanggal berada di dalam laci.Bayi tersebut  telah dihurung oleh semut hitam di seluruh tubuhnya .Badanya terdedah tampa seurat benang.Tiada yang dapat dilafaskan selain gambaran penyeksaan yang tertera pada raut wajah bayi itu.Bayi pilihan tuhan untuk menjadi pelengkap keseimbangan alam ini tidak sempat menjalakan amanah dan tanggaung jawab sebagaimana telah dia berikrar di hadapan Allah.Bau seorang bayi sering dikatakan mirip bau disyurga .Hakikatnya begitu,namun insan yang baru ditemui ini telah kembali pada pemilik-Nya .Trajisnya baunya bukan lagi bau syurga Firdausi tetapi berbau bangkai.Manusia menjadi bangkai adalah sesuatu yang menghinakan dan penuh kezaliman.Sedikit pun bukan salah si kecil ini.

Bayi tampa dosa ini baru sahaja menang dalam perperangan pertamanya sebelum sampai ke rahim Ibu.Tapi sayang kemenagan itu sebenarnya adalah kemenangan yang sia-sia buat dia.Kemenangan yang membuahkan satu pembunuhan tanpa sengaja.Tidak sengaja mengandungkan anak ini 9 bulan ,tidak sengaja melahirkan,tidak sengaja terlanjur dengan pasangan,tapi sengaja terlanjur melakukan pebuhunahan .

“Kak long,Ayu mintak maaf sebab semua ini,keluarga kita makin teruk jadi bahan cemuhan .Ayu tahu Kak Long dah usahakan yang terbaik buat Ayu dan Khairi tapi kami memang tidak pernah bersyukur atau menghargai setiap pengorbanan Kak Long selama ini.Maafkan Ayu ,Ayu sedia terima suratan takdir ini kak”gadis cantik secantik namanya Ayu Natrah ,menagis teresak-sesak di balik kurungan penjara.Air mata kekesalan Alia makin teras mengalir .Wajah kosongnya itu kekal menampakkan keikhlasan dan kesetiaan seorang pelindung kepada adik-adiknya.”Ayu,kalau boleh akak ganti tempat kamu untuk terima hukuman ini.dah lama Along lakukan.”kaliamah tidak mahu mengalah untuk memberikan kebahagian pada adiknya itu.Ayu telah ditangkap seminggu selepas penemuan bayi di dalam laci rumah mereka.Dia telah mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan bayi itu terbunuh.





bersambung..

Jiwa endidik Muda (JPM) : Bila Cikgu bermain Doh.








ADAT BAKAL PENDIDIK MUDA,
MINDA DAN JIWA HARUS AKRAB DENGAN MURID,
KALAU CIKGU SYOK MAIN DOH,
ANAK MURID ?

Bengkel Teater SMK Kota Kuala Muda



Secara etimologis : Teater adalah gedung pertunjukan atau auditorium. Dalam arti luas, teater ialah segala tontonan yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Teater bisa juga diartikan sebagai drama, kisah hidup dan kehidupan manusia yang diceritakan di atas pentas dengan media : Percakapan, gerak dan laku didasarkan pada naskah yang tertulis ditunjang oleh dekor, musik, nyanyian, tarian, dsb.

kesimpulan : kabungan pelbagai seni dalam satu pentas...saat kau bisa KUASAI RUANG DAN MASA..

Ilmu sejemput ini dikongsi dengan pelajar-pelajar tingkatan 5-6 SMK Kota Kuala Muda.
dari 8.30 pg-6.30ptg..(lpas habis kami pi pekena MEE UDANG Pulau Sayak..!!)
balik pulak sesat larat dengan keadaan kereta tiada minyak..memang mencabarlah.












TINTAKU : Mencari Jalan Ke Syurga



Saat senja meniti garisan waktu petang itu,sebelum buana ini melabuhkan tirai ceria aku melihat susuk seorang tua memerhati dari jendela usang.Kelihatan orang tua itu mengelamun sambil pandangannya dilempar pada satu sudut alam yang tidak berpenghujung ,dia melihat langit yang rona jingganya telah menjadi makin pekat sebelum kelam seluruh isi langit itu.

Linangan air mata seribu kekesalan yang aku cuba hentikan dari tadi tidak termampu untuk diempangkan lagi.Kesalahan aku ,kezaliman aku,keangkuhan aku,yang selama ini hanya taksub kepada dunia jahiliah yang aku sendiri cipta dalam diri aku.Hinggalah ke saat ini aku baru tersedar aku telah hilang hampir separuh dari apa yang sepatutnya perlu aku  pelihara .Mencongak akan dosa , memang  telah banyak aku berhutang jika aku mahu menikmati syurga-Nya.Disaat ini aku hanya sendiri ,yang aku kejar selama ini telah pun aku perolehi ,namun ternyata ia sedikit pun tidak membawa erti untuk hidup bahagia lagi.

“Assalammualaikum,nak..kelihatannya macam sedang dilanda masalah berat?’.Suara perlahan itu,menyentak jiwaku yang sedang menghabiskan sisa air mata.”tidak ada apa-apa,pak cik..aku okey”.dengan suara selamba aku membalas pertanyaan orang tua itu,sedangkan gejolak jiwa dalam siratan sejarah hidupku cuba aku senbunyikan.”kalau begitu,mari kita berjemaah kat surau ”.Pak Hanafi dengan sopan mempelawa aku untuk mengikut langkahnya ke surau.

Tanpa bicara lagi aku bingkas bangun dari atas ketulan batu di tebing Sungai Batu Dujarat .Pelik, berada di situ hampir dua jam lebih namun aku tidak perasan ada sebuah binaan surau berdekatan tebing sungai itu.Pinggir kampung yang berakhir di hilir Sungai Dujarat ini  memang agak sunyi dari keriuhan umat manusia ,tapi bagiku dengan bersendirian dan bertemankan senandung suara alam, tanpa bicara manusia ,mampu mengendurkan sedikit amukkan  hati yang penuh kelaraan.

Pak Hanafi meneruskan aturan langkahnya ke surau yang hanya sekitar dua puluh langkah dari tampat aku duduk sebentar tadi. Aku menurut langkahnya tanpa lengah lagi.Sampai di depan muka surau ,sekali lagi aku tersentak,terpukau dengan perilaku aku sendiri,”apa yang aku dah buat nie,aku ke surau”,sedangkan mendengar laungan azan pun sudah cukup buat aku rimas dan meluat. Tambah-tambah  seruan azan waktu Subuh.Kederasan laungan muazzin bakal disambut  dengan caci- maki daripada aku yang asik mengulik mata yang mengantuk.

Sekiranya pagi itu aku tidur bertemankan Syazlin ,aku boleh menjadi separuh gila memaki si pelaung azan,kerna saat bergelumang dengan zina itu buat hatiku kaku.Syazlin ,teman wanita ku telah lali dengan tabiat itu. Jiran tetangga di kawasan kondomunium tempat aku tinggal  turut berperasaan seperti Syazlin.Telinga dan mata mereka telah lama ditulikan khas buat aku.Betapa bangganya aku bila orang sekelilingku tidak mampu berbuat apa,melainkan hanya menjauhkan diri dari aku.Berselisih semasa menaiki lif pun cuba mereka elakkan.Aku tahu aku telah lama jadi bahan umpatan mereka. Tapi alangkah malangnya aku hari ini,aku ibarat menyerah diri dalam keadaan aku sendiri tidak tahu bagaimana perkara itu terjadi.

Gemersik laungan azan maghrib yang dikumandangkan pak cik tua yang menegur aku tadi ,membuatkan aku merasa satu aliran ketenangan menerjah masuk dalam ke segenap urat nadiku.Setelah sekian lama darah yang mengalir itu diisi dengan lumpur maksiat dan kezaliman ke atas diriku sendiri,tapi pada ketika itu lumpur itu ibarat disucikan dengan kalimah kudus mengagugkan satu kuasa yang tidak mampu lagi disanggah kewujudan-Nya.’Untuk apa aku hidup selama ini?’ persoalan besar itu dimatikan dengan ketibaan beberapa orang jemaah sekitar Kampung Dalang.

Boleh dikatakan majoritinya telah tergolong dalam kalangan  warga emas .Sedikit pun tidak aku hairan fenomena itu,seperti kata teman karibku Denny “ Opey,kau tau tak ,yang kita tengok tadi jalan pergi surau tu ,semua golongan RTM’.Masih segar dalam ingatan aku peristiwa sebelum masuknya waktu solat fardhu Isyak.Mulanya aku bingung,tapi RTM yang dimaksudkan Denny,adalah golongan ‘Rehat Tunggu Mati’. Peristiwa itulah merupakan kenangan akhir aku bersama Denny sebelum aku kehilangan seorang teman karibku.Denny ditemui mati dibunuh secara kejam.Mayatnya ditemui di dalam sebuah loji pembentungan di Setapak ,Kuala Lumpur.Aku yakin ini semua angkara geng ‘Along’ yang telah lama mengugut Denny kerana tidak melunaskan hutang kepada mereka. Apakah nasib dia di dunia sana?,sedangkan ketika hidup segala bentuk kejahilan ,kami lakukan bersama, ibarat isi dengan kuku.Slogan jahiliah kami selama hidup sebagai teman ,’hidup hanya sekali,jadi kita mesti enjoy !!’.Ternyata sekarang dunia enjoy dia telah tamat lebih awal sebelum aku menyusul.

Sesedar dari lamunan aku mendengar seruan iqamat.aku yang dari tadi bersandar di penjuru surau mula merasa tidak tenteram kerana semua mata yang ada memandang sinis kepada aku.Pada hematku, di kotak fikiran meraka mesti memikirkan adakah  orang yang  berpenampilan seperti aku akan menyertai saf untuk mengerjakan solat.Masakan mereka tidak berfikir sebegitu,aku yang duduk seperti orang kalah judi ,dengan berbaju t-shirt hitam siap  berlambang rock metal terserlah di dada,berseluar jean lusuh.”Aah,mereka ingat aku jahil sangat.mereka tidak tahu yang aku  bekas ketua pelajar sekolah menengah agama.Satu ketika dulu aku  johan taddarus ,dalam Majlis Tadarus Quran (MTQ), peringkat negeri.Kalau setakat  berdiri di khalayak untuk memberi tazkirah spontan dengan sulaman potongan dalil-dalil yang ampuh,menjadi rutin mingguan aku di sekolah dulu.Sebut saja nama Abdullah Sofiey Mansor,satu sekolah hormat dan kagum dengan kebolehan aku ’bisik hati aku dengan penuh bangga. Pandangan mereka aku  balas dengan jelingan tajam,petanda bahawa aku bukan sebarangan orang yang boleh diperlekehkan dengan pandangan murahan mereka itu.

Aku berdiri dalam barisan saf di bahagian paling hujung,bermula dari takbir hingga memberi salam di akhir  solat,aku hanya mengikut  tindakan  makmum di sebelahku.Saat solat aku merasa begitu kosong,fikiranku hanya tertumpu untuk meniru gerakan seorang tua berbadan gempal di tepiku itu.Sesudah memberi salam aku terus bangun dan pergi ke sudut tempat aku termelenggu sebentar tadi.Sedikit pun aku tidak menghiraukan mata makmum lain yang memandangku.Ketika duduk aku terkedu melihat satu raut wajah yang masih berada di dalam saf .Wajah itu tidak sepatutnya wujud lagi kerana jasatnya baru pagi tadi disemadikan .Aku pejamkan mata sambil menekan-nekan ubun-ubun kepalaku.Itu wajah abah,aku amat pasti raut wajah itu,memang benar itu wajah insan yang selama aku hidup bersamanya tidak pernah sekali pun dia bertindak kasar atau memarahi ku,semuanya dinasihatkan dengan tutur katanya yang seringkali buat aku terperangkap dengan rasa bersalah atas tindakan buruk yang aku lakukan.Insan itu satu ketika dulu pernah berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk membelikan aku sebatang pensel kayu berharga tiga puluh sen,insan itu jugak yang satu ketika dulu hampir lumpuh kerana menyelamatkan aku dari terkena racun ular tedung . ”Tidak mungkin,tak mungkin..!”suara jeritan batin ini diiringi dengan titisan air mata derita.’DERITA,derita ini yang terlebih dahulu aku banyar untuk semua pengorbanan dia dan ibu, telah mereka tempuh selama 15 tahun.

.Mereka makan berulam DERITA rindu,mereka tidur berbantalkan DERITA  kenangan keranaku,mereka bersawah sambil membanting DERITA kecewa,mereka menyambut ketibaan syawal dengan DERITA  kesunyian,akhirnya ,mereka memejamkan mata dengan membawa DERITA cinta   kerana punyai anak derhaka seperti aku’.Aku tahu terlebih dahulu aku telah menganugerahkan mereka rentetan derita yang berpanjangan hingga ke akhir hembusan nasaf mereka di dunia ini.Dimana aku ketika itu?,aku sedang  kekenyangan berpesta ,aku sedang asyik mengulik tubuh wanita,aku  turuti semua  nafsu setan yang semestinya dusta.

            Wajah itu memandangku dengan senyuman penuh ikhlas .Aku tidak mampu membalas, aku tewas hanya kerana syuman itu membuatkan aku rasa seperti telah dihantar ke pintu neraka.Rindu pada abah dan ibu tidak lagi bawa erti saat aku menyesali kekilafan ku ini.Abah menghampiriku dan menghulurkan tangan yang aku sambut dengan linangan air mata ,aku berdiri sambil memejamkan mata yang sarat dengan limpahan air mata tanda aku amat merindui saat –saat seperti ini.Pelukan aku bertambah erat ,mulut ini dengan ringan mengungkapkan rasa bersalah,dan ucapan maaf yang selama 15 tahun yang lalu telah aku kunci kalimat itu jauh di ceruk sanubariku.’Abah,maafkan Sofiey..Maafkan segala dosa Sofiey pada abah dan ibu selama ini,sejak Sofiey berjaya masuk ke universiti sehinggalah Sofiey bergelar komposer yang popular ,Sofiey tidak pernah sekali pun menjenguk abah dan ibu. Abah,maafkan Sofiey , Sofiey tak sanggup teruskan hidup ini tampa abah dan ibu bersama Sofiey.Tolong jagan tinggalkan Sofiey ,”terkeluarlah mutiara kata itu daripada mulut seorang anak yang derhaka.Ungkapan yang tersadur keikhlasan hati khas buat abah.Pelukanku itu disambut dengan erat dan dapat ku rasakan ke hangatan air mata yang turut menitis jatuh di bahuku.Aku yakin abah dapat menerimaku kembali.

       Abah merenggangkan pelukan dan apabila mata kami bertemu,barulah aku sedar yang aku peluk itu bukan abahku.Dia seorang lelaki tua yang berkulit cerah,berhidung mancung seperti seorang anak peranakan,tetapi masih jelas di sudah berusia.Lelaki itu mengesat air matanya yang bersisa.Aku yang masih lagi terpaku dalam kekeliruan hanya mampu  menyambung sendu yang baru sebentar tadi telah terubat.Rupanya yang aku  peluk sebentar tadi adalah orang lain ,sedangkan  mataku berilusi bahawa itu adalah abah.Aku masih tidak mampu menerima hakikat yang abah dan ibu telah meninggalkanku buat selama-lamanya.Tangisan kali ini membawa aku kepada banyangan susuk tubuh yang lebih meleburkan keegoaan aku sebagai lelaki.Demi dia yang selama ini aku kongsi senyum,tawa,kegembiraan dan dihadapannya juga setiap tangisanku sentiasa terhenti  dalam dagapan kasih sayangnya.

            Pagi tadi,saat penggebumian jenazah pasangan suami isteri ,Haji Mansor dan Hajah Rahmah di Tanah Perkuburan Kampung Serindid.Pak Long Yunus datang kepada ku yang sedang kebingungan di luar pagar tanah perkuburan, sedang orang lain beransur keluar.Tidak jauh dari tepi pagar itu kelihatan tanah kuburan yang masih merah.Pak long menhulurkan kepadaku sepucuk sampul kertas.Sekuntum senyuman pun tidak diberikan kepadaku,Cuma satu baris ayat dihadiahkan kepadaku ‘Tahniah Sofiey kamu telah berjaya menjadi anak derhaka “suaranya jelas berbaur rasa hampa dan geram .Selama dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung,aku sama sekali tidak merasa bersalah atau sedih kerana aku yakin bahawa Pak long yang menghubungi aku semalam hanya berbohong tentang kematian ibu dan abah dalam kemalangan semasa mereka baru pulang dari masjid.

            Tanganku  menggeletar membuka sampul kertas itu seterusnya membawa keluar sepucuk surat.aku menarik nafas sedalam yang mungkin.”Untuk anak ibu,ketahuilah anakku sayang,betapi selama hampir 15 tahun ini ibu terlalu merindui kamu.Setiap kali ibu buka mata untuk bangun solat subuh ,perkara pertama yang terlintas pada hati dan fikran ibu adalah kamu sayang.Setiap kali ibu melihat Haikal,sepupu kamu pulang dari sekolah dan dari jauh ibu perhatikan dia terus menyalami dan mencium pipi mak Long kamu, ibu akan teringatkan kamu yang tidak pernah lupa menyalami dan mencium pipi ibu setiap kali kamu pulang sekolah.Sofiey,terus terang ibu katakan ,ibu amat merindui saat  itu.Setiap  hari juga ibu memasang keyakinan  bahawa kamu akan pulang .Tapi persoalan bila?,buat ibu terasa tidak tertanggung derita rindu kepadamu anakku.Begitu juga ,abah.

Bilik Sofiey telah ibu kemaskan,baju melayu biru kesukaan Sofiey,masih lagi tergantung di dalam almari,maaf ye anakku ,baju itu telah lusuh.Setiap minggu ibu akan basuh baju kesanyangmu itu.Itu sahaja yang mampu ibu buat untuk mu anak yang ibu rindui ini.Maaf,kerana tidak dapat menyambut kepulanganmu ,jagan Sofiey bimbang setiap kesalahan Sofiey telah kami ampunkan dalam setiap doa kami ketika solat.Keredoaan kami buat Sofiey selama ini tidak pernah luntur walau sejauh mana,atau setinggi mana kebencian Sofiey pada kami.Sofiey,ketahuilah kalau Ibu ini mampu menggatur ajal,sudah pasti akan ibu percepatkan ajal ibu, kerana ibu tidak mampu menanggung lagi kerinduan ibu pada anak ibu ini.barulah ibu tahu kadang kala dalam hidup ini orang yang paling kita sayanglah adalah orang yang paling payah untuk disayangi.Maaf,Maaf,Maaf,kalau ada kelakuan kami yang buat Sofiey berdendam dengan kami.Kami telah lama memaafkan Sofiey,sejak Sofiey keluar ke dunia ini,kerana cinta ibu dan abah buat Syofiey tampa sebarang syarat’.Salam sayang dan rindu.

       Surat rintihan rindu seorang ibu pada anaknya.’Cinta tanpa syarat ‘ tiga patah kalimah keramat itu telah mampu membuat hati anak derhaka seperti aku hancur.Doa seorang ibu yang menanggung barah kerinduan pada anaknya membawa aku pulang ke kampung ini. Sejarah aku menjadi seorang anak kepada ibu dan abah hanya tinggal  kenangan,yang mampu aku sambut hanya ucapan salam rindu dari seorang ibu yang padanya letak segala-galanya.Sepatah ucapannya akan menjadi modal untuk aku bayar nilai sebuah   kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ucapan redonya mampu menjadi perisai untuk aku   mengharungi liku hidup ini.

Orang tua yang aku peluk tadi masih berada bersamaku.menenagkan aku.Dialah orang tua yang aku lihat termenung di jendela petang tadi.Orang tua itu,cuba menenagkan aku,katanya 'Anak,air mata tidak akan dapat menghidupkan insan yang telah mati,air mata juga tidak dapat menyelesaikan apa yang terbuku di hati.Melainkan kamu mengubah diri menjadi insan baru .Keluarlah dari kepompong kejahilan kerana dunia ini akan terus perputar memberikan peluang kepada meraka yang mahukannya.'  kata-katanya sarat dengan makna..”ye,yang aku nampak sekarang ini adalah untuk mencari jalan ke syurga ”